Karl Marx: Perjuangan Kelas Sosial dalam menentukan keberhasilan revolusi terutama ketika menjangkakan krisis-krisisekonomi akan memprovokasi sebuah revolusi (Lichtheim 1961: 126-127). Contohnya,kejayaan revolusi
proletariat
akan dapat direalisasikan dalam sesebuah negara sekiranyamajoriti populasi negara tersebut terdiri dari golongan petani berikutan krisis kos cagarantanah yang tinggi dikenakan kepada mereka oleh pemilik tanah.
Taktik Perjuangan Kelas Proletriat dan Kecenderunganke Arah Pembentukkan Gagasan Komunisme
Taktik perjuangan kelas yang digunakan seringkali menjadi isu perdebatan antara pemikir-
pemikir Marxisme selepasnya. Taktik tersebut merujuk kepada konsep ‘
Dictatorship ofProletariat
’
. Konsep tersebut menjadi kunci utama dalam memahami teori Marx berkenaanbentuk masyarakat komunis dan fungsi negara
proletariat.
Marx dan sahabatnya Engelsmenyifatkan negara yang dijadikan alat dominasi dan penindasan kelas akan berkembangkukuh serta kekal menjadi negara-negara minoriti yang mewakili minat kelas-kelas kecil(Bobbio 1979: 173). Marx lebih selesa merujuk konsep
Dictatorship of Proletariat
kepadapenyataan tentang ciri kuasa politik kelas bukan bentuk kuasa kerajaan, meskipun kadang-kala melibatkan kedua-duanya. Justeru itu, bentuk kuasa politik akan mempengaruhi danmewarnai perwatakan sesebuah kelas masyarakat. Marx melihat peristiwa
Paris Commune
sebagai aksi pemberontakan pertama bagi kaum proletariat dalam industri moden danmenjadi model perjuangan antara golongan kapitalis dan buruh (Hook 1975: 177).Marx dan Engels dalam karyanya
The Communist Manifesto
(1970: 74) telahmengemukakan
Political Rule of Proletariat
yang menyarankan agar golongan
proletariat
menakluki pertadbiran negara agar mereka boleh memanfaatkan kuasa politiknya untukmerampas semua modal dari cengkaman golongan
bourgeois
dan memusatkan semuaalatan produksi di bawah kekuasaan negara yang ditadbir oleh golongan Proletariat sendiri.Ini dilihat sebagai usaha mereka untuk memusnahkan keistimewaan-keistimewaan yangdimiliki oleh golongan
bourgeois.
Berdasarkan pengalaman dalam Revolusi Perancis 1789,Marx telah mendesak kaum
proletariat
untuk merampas dan menguasai kepimpinan negarabagi menjadikannya lebih demokratik dan majoriti. Meskipun
istilah ‘
diktator
’
ke atasundang-undang
proletariat
menjadi perbahasan dari pendukung aliran Babouvis-Blanguist,namun Engels menegaskan bahawa
elemen ‘
diktator
’ amat perlu sebagai tindak
balaskepada pelan kemusnahan kerajaan lama untuk mewujudkan kerajaan yang baru(Mukherjee & Ramaswamy 2000: 126).Idea komunisme mula diperkenalkan dalam gagasan Marxisme sejak Marx berada diParis pada tahun 1844. Hasil penelitian Marx terhadap struktur masyarakat dalam sistemekonomi kapitalisme, beliau menjangkakan akan terbentuk sistem komunisme di masahadapan yang melihat dunia ini tidak lagi bersifat statik, tetapi akan berlaku perubahan-perubahan yang berterusan sejajar dengan teori dialektik Hegel. Menurut Marx, prosesperubahan sejarah bergerak melalui komunisme primitif, feudalisme, kapitalisme,selanjutnya melalui sejarah sosialisme dan berakhir dengan komunisme. Setiaptransformasi sejarah tersebut dicapai melalui revolusi kaum buruh (proletariat) yangmewakili inspirasi seluruh manusia. Melalu
i revolusi, kebebasan bersifat ‘
universal
’
akandapat dicapai oleh kelas buruh, sekaligus mewakili semua umat manusia yang mahumelepaskan diri dari belenggu perhambaan. Revolusi
proletariat
hanya difahami dalamterminologi yang lazim kerana Marx dan Engels tidak memberikan penjelasan yang spesifikterhadap kerangka komunisme masa hadapan (
Post-Revolutionary
). Ini kerana Marx tidakmahu dikaitkan dengan ahli sosialis utopia yang banyak menyediakan penjelasan dalambentuk imaginatif atau khayalan masa hadapan (Ozinga 1991: 58).
International Journal of Islamic Thought
Vol. 1: (June ) 2012
32
Langkah-langkah untuk merealisasikan revolusi tersebut akan gagal sekiranya kelas
proletariat
tidak memiliki kuasa negara kerana ia masih diperlukan lagi bagimenggulingkan sistem kapitalisme. Marx tidak bersefahaman dengan pendirian tokohanarkisme seperti Michael Bakunin (1814-1876) dan Josep Proudhon (1809-1865) yangmahu sistem negara dihapuskan secara total. Sebaliknya, Marx merasakan bahawa negaraamat berguna untuk merealisasikan
Dictatorship of Proletariat,
meskipun fungsi asal negarasebagai mekanisme penindasan sesama kelas sosial. Ini kerana Marx meletakkan fungsinegara untuk tujuan peralihan sahaja terutama usaha yang menjurus ke arah sistemegalitarian iaitu sistem tanpa kerajaan, kelas dan harta (Marx & Engels 1976: 237).Walaupun Marx menganggap kuasa negara hanya bersifat sementara, tetapi ia digunakanatas kepentingan kelas buruh yang mahu memperjuangkan persamaan hak dalampengagihan harta.Matlamat utama kegunaan dalam komunisme adalah proses penggantian darikegunaan peribadi kepada kegunaan sosial. Menurut Marx dan Engels, komunisme bukanhanya merupakan harta sosial, tetapi juga meliputi konteks sistem demokrasi baru iaitudalam bentuk komuniti atau organisasi. Melalui organisasi tersebut, Marx dapatmenggambarkan kehendak manusia tanpa cenderung kepada isu pertentangan kelas dandominasi kuasa politik. Kesannya, demokrasi
bourgeois
akan dibatasi oleh organisasi baruyang lebih demokratik dan realistik kerana hanya melibatkan pengurusan barang-barangberbanding pengurusan masyarakat. Ini digambarkan oleh Marx dalam karyanya
ThePoverty of Philosophy
(t.th., 167):
The working class in the course of its development will substitute for the oldcivil society an association which will exclude classes and their antagonism,and there will be no more political power properly so-called, since political power is precisely the official expression of antagonism in civil society.
Berdasarkan kenyataan di atas, Marx menyifatkan organisasi baru tersebut (kelasburuh) bukan organisasi politik, tetapi lebih bersifat demokratik supaya manusia benar-benar menjadi penguasa ke atas institusi-institusi yang mereka cipta sendiri. Organisasitersebut juga bukan bersifat anarki kerana tidak memiliki kuasa politik, tetapi ia akanmenguasai sistem masyarakat yang baru. Organisasi tersebut akan dipimpin oleh seorangketua atau koordinator yang dilantik dari kalangan anggota-anggotanya sendiri (Ozinga1991: 62). Hasilnya, ia akan menyumbang kepada kemajuan industri tanpa terikat dengansistem kapitalisme yang hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. Mereka akan mula
merangka ‘
rational plan
’
bagi mengubah taraf kehidupan masyarakat manusia denganmenghapuskan keuntungan peribadi dan membasmi gejala pembaziran (Ozinga 1991: 63).Komunisme dalam bentuk praktikal lebih menjurus ke arah pelan pengeluaran terancangkerana proses pengeluaran bukan sahaja berfungsi memenuhi keperluan manusia, tetapijuga menggambarkan kehidupan manusia yang sebenar.Oleh sebab itu, sistem komunis dijangka akan menjamin keamanan seluruh duniakerana Revolusi
proletariat
dapat menghapuskan ruang-ruang sempit dalam nasionalisme
bourgeois
. Justeru itu, konflik antara kelas-kelas masyarakat hanya dapat dihalang jikasemua keperluan masyarakat dipenuhi, segala kemahiran dan potensi masyarakat dipacudalam saluran sosial serta perselisihan antara kumpulan-kumpulan sosial atau individu-individu beransur pulih. Malah pendekatan mensosialisasikan alatan pengeluaran dalam
rational plan
mendatangkan manfaat kepada semua orang terutama dalam menanganigejala jenayah dan peperangan.
Karl Marx: Perjuangan Kelas Sosial Indriaty Ismail & Mohd. Zuhaili
33
Berdasarkan analisis ke atas konsep kelas sosial, dapat simpulkan bahawa Marxtelah melontarkan kritikan tajam ke atas sistem kapitalisme dengan melanjutkan asasfalsafah dialektik dan historis sebagai wadah pejuangan menentang unsur-unsurperhambaan dalam setiap organisasi dan kelas masyarakat. Ini kerana sejarah perjuanganmanusia merupakan sejarah perjuangan kelas dan negara hanya merupakan alat yangdigunakan oleh kelas berkuasa untuk menindas seluruh kelas bawahan. Elemen-elemendominasi tersebut akan berakhir dengan penghapusan sistem kapitalisme, lantas iamenandakan kemenangan kelas
proletariat
yang diterajui oleh kaum buruh. Kejayaansesebuah revolusi dalam mendirikan kerajaan baru hanya bergantung penuh kepada sikapdiktator
proletariat
yang diterjemahkan ke dalam bentuk perjuangan kelas (
class struggle
).Sikap diktator itu sendiri disifatkan sebagai tahap peralihan ke arah pemansuhan semuakelas masyarakat (
classless
) iaitu tranformasi masyarakat kapitalis ke dalam masyarakatkomunis. Gambaran kapitalisme Marx cukup sempurna dengan menonjolkan keadaanburuh yang sengsara dan tertindas, lalu membayangkan masyarakat tanpa kelas melalui
pembentukan ‘
Negara Komunis
’
. Oleh sebab itu, falsafah Marxisme dilihat cubamenzahirkan kesedaran asas untuk membentuk masyarakat sosialis agar hak-hak ekonomidan politik kelas
proletariat
dapat dikembalikan dan menekankan keperluan memeliharakebebasan dan kemerdekaan.
Rujukan
A.
Z. Abidin & Baharuddin Lopa. 1968.
Bahaya Komunisme
. Jakarta : Bulan Bintang.Bobbio, N. 1979.
Which Socialism?
Minneapolis : University of Minnesota Press.Hart, M. H. 1993.
100 A Ranking of the Most Influential Person in History
. New York : ACitadel Press Book.Hook, S. 1975.
Revolution, Reform and Social Justice: Study in the Theory and Practice ofMarxism
. New York : New York University Press.Lerner, W. 1982.
A History of Socialism and Communism in Modern Times: Theorists, Activistsand Humanists
. London : Prentice-Hall International Inc.Lichtheim, G. 1961.
Marxism: A Historical and Critical Study
. London : Routledge and KeganPaul.Marx, K. 1972.
Karl Marx: The Essential Writing
. Edt: Frederic L. Bender. London : WestviewPressMarx, K. 1959.
Capital
. Jil 1. Moscow : Progress Publisher.Marx, K. 1970.
The Communist Manifesto of Karl Marx and Friedrich Engels
. New York :Pathfinder Press.Marx, K. t.th.
Poverty of Philosophy
. Moscow : Foreign Language Publishing House.Marx, K. 1979.
The Letters of Karl Marx
. Terj. Saul K. Padover. New Jersey : Prentice-HallInc.Marx, K & Engels, F. 1976.
Collected Work
. New York : International Publishers.McLellan, D. 1971.
The Thought of Karl Marx: An Introduction
. Ed. ke-2. London : TheMacmillan Press Ltd.McLellan, D. 1977.
Karl Marx: Selected Writing
. London : Oxford University.Mukherjee, Subrata & Ramaswamy, Sushila. 2000.
A History of Socialist Thought: From thePrecursors to the Present
. New Delhi : Sage Publication Ltd.Ozinga, R. J. 1991.
Communism: Story of the Idea and Its Implementation
. Ed. ke-2. London :Prentice-Hall International Ltd.
Popular Posts
-
BAB 1 PENDAHULUAN A. LATAR BELAKANG Perkembangan dunia diikuti juga oleh perkembangan pemikiran disemua bidang keh...
-
HAM DAN ISLAM SAYED AZNAN Dengan rahmat allah yang mahakuasa semoga kita dalam lindungan allah yang maha besar, dan semoga rahmat d...
-
NAMA : SAYED AZNAN NIM : 1210103010015 BAB I PENDAHULUAN A. LATAR BELAKANG Munculnya isu-isu politis mengenai fundamen...
-
NAMA : SAYED AZNAN M.K. : POLITIK ASIA TENGARA Politik Luar Negeri Malaysia terhadap Indonesia, 1957-1976: Dari Konfrontasi...
-
Tepat pada tahun ini bangsa kita Indonesia genap memasuki umurnya yang ke-63, seiring dengan semakin menuanya bangsa kita ini di impit deng...
-
Teori Neoliberalism Disusun oleh : Sayed aznan Neoliberalisme, liberalisme sendiri adalah sebuah teori dan ...
-
Birokrasi merupakan alat pemerintah untuk menyediakan pelayananan publik dan perencana, pelaksana, dan pengawas k...
-
Ada empat poin pemikiran karl marx 1. Marx bahwa ekonomi adalah faktor yang paling penting di dalam masyarakat apa pun. Bagi Marx, semua ...
-
oleh : SAYEDAZNAN Afghanistan termasuk di antara negara yang menghadapi serangan luas budaya dikarenakan berbagai krisis politik, sosial,...
-
Teori Pemisahan kekuasaan dan Penerapannya dalam Sistem Pemerintahan Modern A. Wacana pembahasan Dalam sebuah praktek ketatanegar...
0 Komentar untuk "karl marax"